Madius menang tanpa tanding Ketua Bahagian UPKO Tuaran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Madius menang tanpa tanding Ketua Bahagian UPKO Tuaran



24 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TAMPARULI: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau menang tanpa tanding seterusnya mengekalkan jawatan sebagai ketua bahagian Tuaran bagi sesi 2022-2025.


Turut menang tanpa tanding ialah Joisin Romut (Timbalan Ketua Bahagian), Jeffrey Teo dan Suali Sikir (Naib Ketua Bahagian Upko Tuaran).


Keputusan itu diumumkan pada Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran, di Auditorium Adventist Tamparuli, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden UPKO Pusat Datuk Donald Mojuntin, Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Agung Nelson W.Angang, Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Felix Joseph Saang, Ketua Pergerakan Wanita UPKO Malaysia Datin Juliana Jani, ahli-ahli majlis tertinggi UPKO, ketua-ketua bahagian dan para perwakilan UPKO Tuaran.


Hadir sama wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sabah Phoong Jin Zhe (DAP) wakil Parti Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.


Madius berkata, kehadiran barisan pimpinan kanan UPKO Pusat ke mesyuarat ini membuktikan bahawa perpaduan, kesepaduan dan keutuhan pimpinan UPKO terus kukuh dan kuat.

“Saya juga ini mengalu-alukan rakan-rakan seperjuangan kita daripada Pakatan Harapan (PH).


"Kehadiran pemimpin-pemimpin parti komponen Pakatan Harapan khususnya di kawasan Parlimen Tuaran mencerminkan permulaan gagasan perjuangan rakyat Sabah yang baru berasaskan prinsip-Prinsip equal partnership di antara Wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang dipacu kepemimpinan parti berbilang kaum yang berwibawa dan berintegriti,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page