top of page

Madius sertai penduduk kampung baiki jambatan gantung Kg. Pahu

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 24, 2022
  • 1 min read

ree
Aktiviti gotong-royong membaiki jambatan yang dijanlankan penduduk kampung bersama Madius di Kg. Pahu

24 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau menyertai penduduk kampung Pahu bergotong-royong membaiki jambatan gantung kampung itu, kelmarin.


Jambatan gantung itu adalah laluan utama penduduk kampung itu untuk menyeberangi Sungai Pahu.

ree
Keadaan jambatan Kg. Pahu yang sedang dibina.

Madius berkata, aktiviti gotong-royong bukan sahaja boleh mempercepatkan kerja-kerja yang memakan masa yang lama untuk disiapkan, malah ianya juga satu wadah untuk mengeratkan silaturahim diantara penduduk.


"Saya gembira dan bersyukur dapat menyertai aktiviti sebgini bersama para penduduk kampung.

ree
Jambatan Kg. Pahu yang sedang dibina.

"Setelah jambatan ini siap dibaiki, ianya akan memudahkan para penduduk kampung terutama sekali kanak-kanak dan orang tua untuk menyeberangi sungai ini," kata Madius.


Pada masa yang sama beliau meluangkan masa mendengar permasalahan dan pelbagai keperluan penduduk kampung untuk diambil tindakan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page