Madius sifatkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti kejayaan besar MoU antara PH-Kerajaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Madius sifatkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti kejayaan besar MoU antara PH-Kerajaan



27 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau menyifatkan pembentangan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti sebagai kejayaan besar Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan.


“Saya menyokong penuh RUU Anti Lompat Parti ini kerana ini satu perkara yang sangat penting dan bersejarah.


“Ini merupakan satu reformasi yang sangat penting. Apa yang penting ialah pembentangan RUU ini adalahsatu kejayaan besarMOU Reformasi dan Kestabilan Politik diantara PH dan Kerajaan.


“Tanpa MOU tersebut RUU Perlembagaan (Pindaan) ini tidak mungkin sampai ke tahap pembentangan pada hari ini. Apapun tuduhan dan keraguan pihak-pihak tertentu terutama sekali yang cuba menanamkan kebencian terhadap MOU itu tetapi terbukti hari ini ia melahirkan satu reformasiyang sangat besar dan penting,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Anti Lompat atau RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 MengenaiPeruntukan Larangan Ahli Parlimen bertukar parti, di Dewan Rakyat, hari ini.


Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, kerajaan Sabah perlu mengambil tindakan mengembalikan semula pindaan yang diperuntukkan dalam Artikel 18 Perlembagaan Sabah mengenai hal tukar parti selepas RUU anti-lompat parti diluluskan.


Beliau berkata, selepas pilihan raya pada 1986 kerajaan Sabah ketika itu meminda perlembagaan negeri Sabah untuk memasukkan Artikel 18 iaitu satu undang-undang anti lompat parti.


“Bagaimanapun apabila dibawah ke Mahkamah, artikel itu dikatakan bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan akhirnya ia tidak boleh beroperasi.


“Selepas pembentukan kerajaan negeri pada tahun 1994, sebuah kerajaan ditubuhkan selepas ada lompat melompat dan kerajaan yang tertubuh daripada ‘katak-katak’ akhirnya meminda perlembagaan kerajaan negeri Sabah dan membuang peruntukan Artikel 18,” katanya.


Beliau turut bersetuju dengan Ahli Parlimen Pengerang bahawa pembentangan RUU iniadalah satu permulaan political resetting bagi Malaysia.


“Mudah-mudahan selepas ini mereka yang ingin menjadi ahli kepada mana-mana parti politik perlu membuat semakan teliti terhadap wawasan, objektif, falsafahperjuangan mahupun dasar-dasar yang diperkenalkan oleh parti berkenaan.


“Ini kerana selepas menjadi ahli parti itu, tindakan atau undang-undang parti berkenaan boleh mengakibatkan pelbagai perkara kepada ahli termasuk tergugur sebagai ahli sekiranya bertentangan dengan kehendak perlembagaan parti,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page