Mahathir persoal bajet hadiah kepada Najib bernilai RM100 jutaMahathir persoal bajet hadiah kepada Najib bernilai RM100 juta
top of page
  • Farah Salim

Mahathir persoal bajet hadiah kepada Najib bernilai RM100 juta



18 Novemer 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan bajet hadiah sebuah rumah bernilai sehingga RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Dr. Mahathir berkata, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan telahpun didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC SRC International Sdn Bhd, sebab itu bajet hadiah itu perlu dibincangkan dalam Kabinet dan haruslah dipertimbangkan semula.


Ketika mencelah ucapan penggulungan Kementerian Kewangan beliau berkata: “Mengikut aturan peraturan, bajet kita perlu dikemukakan di Dewan (Rakyat) ini supaya dapat dibahas dan ditentukan sama diluluskan atau tidak.


“Sepatutnya Menteri Kewangan (Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) menjelaskan semua item dalam bajet tetapi sekarang ini ada satu item yang tidak disebut tetapi ketika ini sudah timbul dalam kalangan orang ramai.


“Bajet ini berkenaan dengan hadiah kepada Najib iaitu rumah bernilai RM100 juta kerana kononnya jasanya kepada negara.


“Ini tidak disebut kerana setakat yang kita tahu, dia adalah seorang pesalah yang dihukum 12 tahun penjara dan denda lebih RM200 juta. Inikah jasa yang kerajaan yang ad aini nak balas budi. Akan datang nanti, perdana menteri akan curi duit kerana dapat tambah duit lagi. Duit yang dicuri juga diberi balik. Ini adalah kerajaan baharu dan dasar baharu,” katanya.


Berikutan isu itu, ramai ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan perkara itu. Antaranya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah.


Syed Saddiq berkata, hadiah RM100 juta untuk seorang boleh tetapi bantuan sarapan pagi untuk pelajar, jawatan tetap untuk doktor kontrak dan Bantuan M40 tidak boleh.

“Seleweng wang negara berbilion-bilion boleh dapat harta RM100 juta tapi minta peruntukan sama rata, kata tak cukup duit.


“Benda ni (ini) diluluskan dalam Kabinet. Takkan tak ada (tiada) bantahan masa dibentangkan dalam Kabinet?!


“Kerajaan sanggup jual maruah negara dari tolong rakyat sendiri,” katanya.


Sementara itu Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, pengesahan Menteri Kewangan yang mengakui BN-PN-Pas meluluskan hadiah RM100 juta kepada Najib atas sumbangan sebagai perdana menteri amat mengejutkan.


Sementara itu, ketika menjawab isu yang dibangkitkan itu, Tengku Zafrul mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.


Bagaimanapun katanya maklumat berkaitan rumah dan hartanah bernilai RM100 juta tersebut tidak dimasukkan dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.


“Permohonan telah dibuat, perbincangan pun diadakan, sekarang kita menunggu keputusan jemaah menteri untuk dimuktamadkan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page