top of page

Mainan Kanak-Kanak Menyerupai Bom Tangan Mengemparkan KKIA

  • nabalunews
  • Oct 10, 2025
  • 1 min read

10 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) gempar seketika apabila satu objek yang menyerupai bom tangan ditemui petang tadi.


Bagaimanapun, objek yang ditemui di kawasan pintu pelepasan antarabangsa itu, disahkan hanyalah mainan kanak-kanak.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan objek mencurigakan itu kira-kira jam 2 petang.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati objek berkenaan bukan bahan letupan sebenar.


“Pasukan UPB mengesahkan objek berkenaan adalah mainan kanak-kanak yang menyerupai bom tangan.


"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana objek itu boleh diletakkan di kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, difahamkan, objek berkenaan ditemui oleh orang awam di atas tiang penghadang di tingkat tiga sebelum memaklumkan kepada pihak keselamatan lapangan terbang.


Selain itu, pasukan keselamatan KKIA juga bertindak mengosongkan kawasan berhampiran dan menutup laluan masuk ke pintu pelepasan bagi memastikan keselamatan penumpang serta orang awam.


Beberapa anggota polis tiba di lokasi bagi melakukan pemeriksaan awal sebelum menghubungi pasukan UPB untuk tindakan lanjut.


Dua jentera bomba turut digerakkan ke lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page