MAJIKAN PERLU SEDIA PUSAT KUARANTIN PEKERJA ASING POSITIF COVID-19MAJIKAN PERLU SEDIA PUSAT KUARANTIN PEKERJA ASING POSITIF COVID-19
top of page
  • nabalunews

MAJIKAN PERLU SEDIA PUSAT KUARANTIN PEKERJA ASING POSITIF COVID-19


8 JAN 2021


PUTRAJAYA: Majikan perlu menyediakan pusat kuarantin untuk mengasingkan pekerja asing mereka yang disahkan positif COVID-19, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kos perbelanjaan perubatan serta penyaraan pekerja asing semasa tempoh pengasingan tersebut turut dibiayai oleh majikan masing-masing.

Majikan juga digesa melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan segera sekiranya ada dalam kalangan pekerja asing mereka, positif COVID-19 selepas saringan dilakukan, katanya.

"Majikan perlu bertindak lebih proaktif dalam membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan pekerja asing yang mereka gajikan. Ini susulan peningkatan kes positif COVID-19 yang telah mencecah lebih 125,000 kes," katanya.

Saravanan berkata majikan juga perlu melakukan ujian saringan COVID-19 untuk pekerja asing selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.9) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2021.

"Ini bagi membolehkan pengesanan awal pekerja asing yang positif COVID-19 dan seterusnya membendung penularan pandemik tersebut kepada rakan sekerja mereka yang lain," kata Saravanan. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page