top of page

Majlis Daerah Penampang laksana operasi perobohan setinggan

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 25, 2024
  • 1 min read

25 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Majlis Daerah Penampang (MDPPG) telah melaksanakan operasi perobohan struktur setinggan di salah satu koloni di daerah Penampang.


Operasi ini melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain, termasuk Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Tanah dan Ukur.


Menerusi satu kenyataan, MDPPG berharap agar setiap pemilik tanah bertanggungjawab untuk menjaga dan melaksanakan kerja-kerja pengusiran sekiranya terdapat penempatan setinggan di tanah hak milik mereka.


"Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pemilik-pemilik tanah berkenaan berdasarkan Peruntukan Undang-Undang Kecil (Bangunan) Seragam 2022.


"Pihak MDPPG juga mengucapkan tahniah kepada pemilik tanah yang telah mengambil tindakan segera dengan mengusir dan merobohkan struktur yang terletak di tanah milik mereka," kata kenyataan itu.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page