top of page

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di tujuh negeri

Wartawan Nabalu News
Apr 17, 2024
1 min read

17 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri MADANI peringkat kebangaaan yang akan diadakan di tujuh buah negeri bermula 18 April hingga 9 Mei depan.


Majlis tersebut dijadualkan bermula di negeri Johor pada 18 April diikuti negeri Sabah pada 20 April (Sabtu), Melaka pada 22 April (Isnin), Kelantan pada 2 Mei (Khamis), Kedah pada 4 Mei (Sabtu), Pulau Pinang pada 5 Mei (Ahad), dan Terengganu pada 9 Mei (Khamis).


Menurut Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, majlis tersebut adalah hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah dan Kementerian peneraju sebagai pelaksana bersama.


"Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, serta memberi peluang kepada pemimpin untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.


"Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu) bermula dari jam 10:30 pagi hingga 3:00 petang.


"Kerajaan Negeri Sabah akan bertindak sebagai tuan rumah bersama-sama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai Kementerian peneraju," kata kenyataan itu.


Negeri Johor akan menjadi negeri pertama pelaksanaan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI pada 18 April (Khamis) bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula dari jam 4:00 petang hingga 7:00 malam. Kerajaan Negeri Johor akan bertindak sebagai tuan rumah bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai Kementerian peneraju.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page