Malaysia akan lebih baik tanpa perosak perkauman seperti Mahathir - UPKO Kota Belud
top of page
  • nabalunews

Malaysia akan lebih baik tanpa perosak perkauman seperti Mahathir - UPKO Kota Belud




  1. Kami membaca dan meneliti kenyataan-kenyataan media mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed dalam beberapa hari mutahir ini.

  2. Kami belum dewasa semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun pertama, tetapi kali kedua beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan langsung tidak mengispirasikan kami.

  3. Sabah dan Sarawak adalah yang komuniti pinggiran pada Mahathir.

  4. Dengan permainan sentimen perkauman Mahathir terutama sejak akhir-akhir ini, ia mematikan langsung rasa hormat kami kepada beliau.

  5. Sabah dan Sarawak yang menolak sentimen perkauman perlu ada tempat di Malaysia yang mana persekutuan ini tidak akan tertubuh jika tanpa kedua-dua negeri berbilang kaum dan agama ini.

  6. Persekutuan Malaysia akan menjadi lebih baik tanpa Mahathir.

  7. Sabah dan Sarawak akan berasa senang dalam persekutuan Malaysia tanpa perosak perkauman seperti Mahathir.


Kenyataan dikeluarkan oleh:

  1. Jolyhame Saran, Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud.

  2. Vod Zanix Sidin, Ketua Pergerakan GEM Bahagian Kota Belud.

  3. Ferneystelin Ferneysto Matinin, Wakil Pergerakan Wanita Bahagian Kota Belud.


21 Mac 2023

bottom of page