top of page

Malaysia Berpeluang Perluas Keyakinan Pelabur Untuk Terus Pilih ASEAN - PM Anwar

nabalunews



29 November 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara dagang dan ekonomi yang berkembang pesat di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.


Menerusi hantarannya di Facebook pada Khamis, beliau berkata selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih rantau ini

sebagai destinasi utama pelaburan.


“Petang ini sempat luang waktu berdiskusi (mengenai) situasi ekonomi dan kewangan global tatkala menerima kunjungan hormat Peter Wong, Pengerusi HSBC Asia Pasifik dan Omar Siddiq, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia beserta delegasi di pejabat.


“Insya-Allah melalui dasar dan hala tuju Kerajaan MADANI ini, usaha ini akan dapat diintegrasikan ke peringkat ASEAN demi kemajuan dan kemakmuran rantau ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Comments


bottom of page