top of page

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama

  • nabalunews
  • Dec 9, 2024
  • 1 min read

9 Disember 2024


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan Brunei pada pertemuan beliau dengan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah pada Ahad.


"Kami bicara terkait usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook, lapor Bernama.


Brunei adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023 dengan nilai dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page