Malaysia harap kerjasama ekonomi digital dengan China dapat ditingkatkan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia harap kerjasama ekonomi digital dengan China dapat ditingkatkan


10 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerjasama dua hala Malaysia dengan China dalam bidang ekonomi digital diharap boleh ditingkatkan lagi sekaligus memberi manfaat kepada rakyat dan mengurangkan kos sara hidup.


Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di China S. Sanmugam berkata, Malaysia dan negara-negara ASEAN boleh belajar banyak daripada China yang mempunyai sumber yang banyak untuk penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ekonomi digital.


Jelas beliau, perdagangan antara Malaysia dan China telah mencapai lebih US$200 bilion tahun lepas dan semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada April tahun ini, beliau telah menarik ramai pelabur China untuk melabur di Malaysia.


"Semasa lawatan itu, Perdana Menteri telah menjana sebanyak RM170 bilion potensi pelaburan ke Malaysia.


“Ini adalah satu daripada kejayaan yang dicapai Perdana Menteri semasa lawatannya ke sini. Setelah lawatan itu, kami mempunyai ramai menteri yang telah datang, (dan) tindak balas terhadap itu dalam banyak bidang seperti pelancongan dan pertanian," katanya ketika menyambut Hari ASEAN 2023 yang diadakan di Kedutaan Malaysia.


Sanmugam juga menyatakan bahawa kedua-dua negara ASEAN dan China perlu memperhebat dasar interaksi antara rakyat untuk mengukuhkan hubungan silang budaya antara wilayah.


"Mengenai pertukaran pelajar, kita tidak melakukan banyak pertukaran antara negara ASEAN dan China semasa pandemik COVID-19 dua setengah tahun lepas, tetapi kini ramai pelajar Malaysia kita pulang ke China untuk menyambung pelajaran. Pelajar juga mengadakan persembahan Silat hari ini sempena sambutan Hari ASEAN, yang mempamerkan kekayaan budaya dan perpaduan ASEAN," katanya.


Beliau juga optimis hubungan baik dan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN dapat melangkah lebih jauh untuk 50 tahun akan datang dalam banyak bidang walaupun terdapat beberapa konflik dan pertikaian.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page