top of page

Malaysia sambut cadangan pelaburan AS$14.7 bilion oleh syarikat teknologi gergasi AS

  • nabalunews
  • Oct 11, 2024
  • 1 min read
ree

11 Oktober 2024


VIENTIANE: Malaysia berpotensi menerima pelaburan bernilai AS$14.7 bilion daripada beberapa syarikat teknologi terkemuka Amerika Syarikat, termasuk Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories, dan Boeing.


Cadangan pelaburan tersebut dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa pertemuan dua hala dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane.


Perdana Menteri menyatakan harapan untuk memperkukuh kerjasama Malaysia-AS dalam sektor industri baharu.


Beliau turut mengalu-alukan delegasi AS yang akan menghadiri sesi Dialog Pegawai-Pegawai Kanan di Putrajaya pada akhir Oktober, sempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS.


“Malaysia menghargai peranan utama AS dalam Resolusi 2735 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan menggesa AS menggunakan pengaruhnya untuk melaksanakan resolusi itu dengan pantas,” kata Datuk Seri Anwar, merujuk kepada gencatan senjata di Gaza.


Sementara itu, Jabatan Negara AS menyatakan Blinken menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang akan datang dan membincangkan peluang meningkatkan kerjasama untuk mendorong kestabilan serantau.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia, terutamanya dalam aspek ekonomi dan keselamatan.


Anwar dan Blinken turut menyeru agar gencatan senjata segera dicapai di Gaza serta bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan lebih pantas.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page