top of page

Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa – KPT

  • nabalunews
  • Nov 28, 2024
  • 1 min read




 

28 November 2024

 

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertekad untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelajar antarabangsa dengan menawarkan sistem pendidikan berkualiti, kos pengajian yang berpatutan, serta pengalaman budaya yang unik dan pelbagai.

 

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, berkata kehadiran pelajar antarabangsa bukan sahaja memperkaya pengalaman pendidikan negara tetapi turut membuka peluang pertukaran maklumat dan idea. 

 

"Kita mempunyai kira-kira 167,000 pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia. Mereka mewakili lebih 100 negara, dan polisi kita bukan sahaja untuk menarik pelajar datang ke sini, tetapi juga membawa pendidikan Malaysia ke serata dunia," katanya pada majlis Meet and Greet with International Students in Malaysia di sini. 

 

Beliau menekankan bahawa faktor utama Malaysia menjadi destinasi pilihan termasuk kualiti pendidikan yang tinggi, kos pengajian dan sara hidup yang berpatutan, serta peluang untuk menikmati pengalaman budaya yang pelbagai dan unik. 

 

Tambah Zambry, institusi pengajian tinggi juga perlu menjadi platform untuk pertukaran idea dan budaya, sambil mempromosikan keunikan Malaysia yang berlandaskan kepelbagaian etnik dan tradisi. 

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page