Malaysia seru tindakan segera cegah peningkatan konflik di Timur TengahMalaysia seru tindakan segera cegah peningkatan konflik di Timur Tengah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia seru tindakan segera cegah peningkatan konflik di Timur Tengah




14 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA:  Malaysia menggesa semua pihak di rantau yang terlibat untuk mengelak dan berhati-hati agar tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau Timur Tengah.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohammad Hasan dalam kenyataan hari ini berkata, serangan oleh Iran itu adalah sebagai serangan balas terhadap serangan bom awal oleh rejim Israel terhadap konsulat Iran di Damascus pada 1 April 2024.


Menurut beliau, Iran menyatakan bahawa ini merupakan tindakan bela diri berdasarkan kepada Piagam 51 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


“Setelah serangan berakhir, Perutusan Tetap di PBB mengumumkan bahawa Iran menganggap tindakan mereka terhadap Israel dibenarkan dan “dianggap selesai"


“Namun, menegaskan sekiranya rejim Israel atau sekutunya "melakukan sekali lagi kesalahan, tindak balas Iran akan jauh lebih berat", ini akan terus menyebabkan serangan yang tidak berpenghujung,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Mohammad berkata, sebarang bentuk provokasi dan/atau tindakan balas akan memburukkan lagi konflik di wilayah berkaitan tidak akan memberi manfaat kepada Palestin.


“Matlamat utama Israel adalah jelas iaitu mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan mereka di Palestin.


Malaysia seterusnya menyahut seruan Setiausaha Agung PBB untuk menghentikan dan menamatkan permusuhan ini dengan serta merta.


“Sebarang bentuk serangan, ofensif atau defensif, akan membawa implikasi yang jika ia tidak dikawal akhirnya akan menyebabkan kematian lebih ramai lagi nyawa yang tidak berdosa,” katanya.

bottom of page