top of page

Malaysia, Turkiye sedia tingkatkan kerjasama pertahanan ke tahap lebih tinggi

  • nabalunews
  • Aug 21, 2024
  • 1 min read

21 Ogos 2024

 

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkiye bersepakat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pertahanan, termasuk dalam aspek aset ketenteraan dan latihan masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Menurut Mohamed Khaled, kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dengan menandatangani perjanjian melibatkan pelbagai bidang ketenteraan.

 

"Adalah penting untuk kita mempunyai kerjasama yang erat, mengatur pelbagai program, dan usaha yang boleh dikongsikan agar dapat memantapkan lagi pertahanan negara masing-masing," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Gule dan delegasi Turkiye di Kementerian Pertahanan, semalam.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menyediakan perjanjian yang akan dimeterai oleh kedua-dua negara bagi merealisasikan hasrat tersebut.

 

Lawatan delegasi Turkiye yang diketuai oleh Menteri Pertahanan Yasar Guler ini merupakan lawatan balas terhadap kunjungan rasmi pertama Mohamed Khaled ke Ankara, Turkiye pada 11 Jun lalu. Delegasi Turkiye terdiri daripada 17 orang pegawai kanan yang turut serta dalam lawatan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page