top of page

Mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,387 orang, empat PPS di Beaufort masih beroperasi

nabalunews
Mar 1
1 min read

1 Mac 2026


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan penurunan kepada 1,387 orang daripada 442 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 1,462 orang daripada 467 keluarga pada tengah hari tadi.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Darul Ikhlas di Beaufort ditutup pada 12 tengah hari tadi selepas keadaan banjir menunjukkan perkembangan positif.


Menurut kenyataan itu, sebanyak empat PPS lagi masih beroperasi di daerah Beaufort bagi menempatkan mangsa yang terjejas.


Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau mangsa terkorban dilaporkan.


Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah petang dan malam ini. -Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page