top of page

Mangsa Hilang Di Kampung Pinggan-Pinggan Ditemui Meninggal Dunia

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

10 Oktober 2025


PITAS: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memanah ikan di perairan Kampung Pinggan-Pinggan, di sini, sejak semalam ditemui meninggal dunia, hari ini.


Mangsa yang dikenali sebagai Rozaimie Masiun, 42, ditemui di kawasan bagang berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang, pada jam 7.36 pagi, oleh penduduk kampung bersama ahli keluarganya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, mangsa dibawa ke tepi pantai menggunakan bot oleh keluarga dan penduduk kampung.

ree

Katanya, pasukan operasi yang tiba di lokasi kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa sudha meninggal dunia.


“Pasukan bomba bersama anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke lokasi bagi membantu mengangkat mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Pitas bagi tindakan lanjut.


“Mangsa ditemui di kedudukan kira-kira 4.4 kilometer barat daya dari Pantai Torunggug, di sini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ree

Menurutnya, pihak bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.15 pagi.


Terdahulu, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang di laut ketika aktiviti memanah ikan di perairan berkenaan awal pagi tadi.


Mangsa yang keluar mencari hasil laut bersama rakannya disedari hilang kira-kira jam 7 pagi tadi, sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa.


Pihak berkuasa yang menerima maklumat berkenaan kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sehingga petang, semalam, gagal sebelum disambung semula, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page