top of page

Mangsa kebakaran gigih sambung pengajian ke UNIMAS selepas diberi dorongan guru dan ibubapa

  • nabalunews
  • Oct 7, 2024
  • 1 min read

7 Oktober 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TONGOD: Seorang pelajar daripada daerah ini bertekad meneruskan pengajiannya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meskipun dalam keadaan serba kekurangan selepas rumah dan persiapan ke universiti musnah dalam kebakaran di kediaman mereka di Kampung Seri Menanti, Penangah, Tongod pada 15 September lalu.


Pada awalnya, Ermah Duvus, 20, anak bongsu daripada 2 adik beradik hampir tidak dapat menerima tawaran pengajian di UNIMAS kerana kejadian itu dan faktor ekonomi keluarga.


Dia berasal dari keluarga kurang mampu di mana ibubapa tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Tragedi kebakaran itu menambah lagi kesulitan hidup keluarganya.


Namun, dengan berkat dorongan guru-gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Penangah, Ermah kemudian menerima tawaran itu dan dihantar oleh gurunya ke Sarawak.


Ermah ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Politik dan Pemerintahan) bagi sesi akademik 2024/2025 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di UNIMAS.


Sementara itu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kuamut membantu Ermah memohon bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Ahli UPKO Kuamut, Benson Inggam berkata beliau telah membantu menulis surat kepada YBR mengenai perkara itu.


Menurut Benson, beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page