Mangsa Lido Four Seasons Dikenalpasti
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

18 Januari 2026
KOTA KINABALU: Polis mengesahkan sudah mengenalpasti mangsa yang terjatuh di Lido Four Seasons, Lintas Jaya, Penampang, dalam kejadian 13 Januari lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Chong Wei Cheng yang dipercayai berasal dari daerah Sandakan.
Katanya, siasatan turut mendapati mangsa telah menginap terakhir di D'New 1 Hotel yang terletak di Lorong Bundusan Square 1B, Bundusan, Penampang.
“Rekod polis juga menunjukkan alamat terakhir mangsa adalah di Batu 10, Jalan Gereja, Peti Surat 1067, 90711 Sandakan, Sabah.
“Sehubungan itu, mana-mana individu yang mengenali mangsa atau merupakan ahli keluarga dan waris mangsa diminta untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan hadir ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes yang juga Ketua Polis Balai Tanjung Aru, Sub Inspektor Razmi Omar di talian 013-9802326.
“Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.


















Comments