top of page
nabalunews

Mangsa ribut di Kampung Katol Tekulung terima bantuan membaiki rumah dari Pusat Khidmat ADU Kadamaian

13 September 2024


KOTA BELUD: Pada 30 Ogos lalu sekitar jam 2:30 petang, satu kejadian bencana ribut menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa rumah di Kampung Katol Tekulung, kawasan Kadamaian, Kota Belud.


Antara yang terjejas adalah kediaman keluarga Maubil @ Mobil Bin Gompus @ Gampus, di mana atap rumah mereka diterbangkan oleh angin kencang.


Rumah didiami keluarga Maubil yang terdiri daripada enam orang ahli keluarga, termasuk dua warga emas (suami isteri), mengalami kerosakan serius pada rumah mereka akibat ribut tersebut.


Musibah yang melanda keluarga Maubil mendapat perhatian Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.


Hari ini Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Samuel mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Maubil sebagai bantuan segera untuk membaiki kerosakan rumah yang dialami.


Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggungx oleh keluarga Maubil dan membantu mereka untuk membina semula rumah yang terjejas akibat bencana ribut ini.

Comments


bottom of page