top of page

Maritim Malaysia Bantu Bot Pam Terbakar

  • nabalunews
  • Oct 12
  • 2 min read

ree

12 Oktober 2025


LAHAD DATU: Kecekapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menyelamatkan dua individu selepas sebuah bot pam terbakar di bahagian enjin ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti

Perikanan Lahad Datu,semalam.


Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim DzulfikharAli berkata, kejadian disedari apabila aset Maritim Malaysia mengesan kepulan asap dari sebuah bot ketika sedang menuju ke jeti selepas melaksanakan operasi di perairan Telukan.


Katanya, pasukan operasi terus bertindak pantas memberikan bantuan awal bagi mengawal api dan memastikan dua individu di atas bot diselamatkan.

ree

“Dua individu terlibat dikenali sebagai Ishara Mansor dan Mizfar berjaya dipastikan dalam keadaan selamat.


“Api berjaya dipadam hasil tindakan pantas anggota di lokasi dan bot pam berkenaan seterusnya diiringi ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya.


Dzulfikhar menasihatkan komuniti nelayan agar sentiasa memeriksa keadaan bot, khususnya enjin, pendawaian dan penyimpanan bahan api bagi mengelakkan risiko kebakaran di laut.

ree

Sementara itu, salam operasi sama,sebuah vesel pukat jerut ditahan selepas dikesan beroperasi terlalu hampir dengan daratan iaitu pada jarak 0.9 batu nautikaselatan Tanjung Melandong.


“Hasil pemeriksaan mendapati vesel dikendalikan seorang tekong tempatan berusia 32 tahun bersama dua kru warga tempatan berumur 18 dan 31 tahun.


“Pemeriksaan lanjut menunjukkan vesel tersebut melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan,” katanya.


Sehubungan itu, Dzulfikhar menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha nelayan yang melanggar syarat lesen, terutamanya mereka yang beroperasi di kawasan larangan.


Katanya, peraturan jarak operasi ditetapkan bagi melindungi ekosistem marin dan memastikan sumber perikanan negara kekal mampan.


“Maritim Malaysia turut menyeru komuniti maritim untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau WhatsApp di talian 016-9305727 (Zon Maritim Lahad Datu) bagi tindakan segera,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page