Maritim Malaysia Tahan Bot Kargo Langgar Syarat Sah Lesen
- nabalunews
- Oct 27, 2025
- 2 min read

27 Oktober 2025
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
Malah, dalam operasi jam 10.30 pagi itu, juragan terbabit turut tidak mematuhi syarat sah lesen apabila tiada daftar nama dalam lesen serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda.
Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Norihan Ngah berkata, bot kargo berkenaan dikesan peronda Maritim Malaysia KM KIDURONG yang menjalankan Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris di sekitar Perairan Tawau.

Katanya, sebaik ditahan, pemeriksaan mendapati bot kargo berkenaan membawa muatan barangan terpakai iaitu botol kosong.
“Bot berkenaan dikendalikan seorang lelaki warga Indonesia berusia 30 tahun yang bertindak selaku juragan bot.
“Pemeriksaan dokumentasi mendapati juragan hanya mengemukakan salinan pasport tanpa permit yang meragukan dan tidak mempunyai daftar nama pada lesen serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, bot tersebut seterusnya ditahan bersama juragan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
Katanya, kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952-MSO 1952 kerana didapati melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63.
Sehubungan itu, Norihan menggesa komuniti maritim setempat agar sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.
Katanya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi jika pengusaha bot didapati gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan walaupun membabitkan kesalahan-kesalahan kecil.
“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).
“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.















Temple Run 3 is a game that is perpetually running, featuring procedural gameplay and upgrades that encourage players to maintain a steady tempo, surmount challenging obstacles, and advance further in the game.