top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

MASALAH AIR: PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN TERPAKSA BELI AIR DARI SYARIKAT SWASTA


Sumber Facebook

1 Jun 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Keluhan penduduk Taman Bandar Sierra dan Taman Rimba di sini seperti tidak diendahkan pihak berwajib apabila tidak mendapat bekalan air selama lebih kurang 10 hari.


Pengguna Facebook Abdullah Kampung, di dalam satu ciapan beliau berkata kegagalan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah air penduduk di taman tersebut memaksa mereka menggunakan perkhidmatan air dari sebuah syarikat swasta.


Katanya, penduduk terpaksa membayar kos penghantaran air dari sebuah syarikat swasta yang agak mahal dimana untuk mengisi tangki berkapasiti 1000 liter, mereka terpaksa membelanjakan wang sebanyak RM40.


“Ini adalah ‘last resort’ (jalan terakhir) daripada penduduk yang tidak mendapat bekalan air lebih kurang 10 hari.

Sumber Facebook

“Kebanyakan penduduk tidak mempunyai tangki air. Walaupun kami tinggal di bandar, tapi siapa sangka keperluan asas seperti air menjadi masalah utama sejak lima tahun lepas.


“Ada yang terpaksa menumpang rumah keluarga, ada yang terpaksa tinggal di hotel dan ada yang terpaksa balik kampung,” katanya lagi.


Dalam ciapan beliau juga, Abdullah menampal pautan posting beliau pada bulan April yang menyatakan masalah yang sama, di mana setiap bulan pasti akan berlaku masalah bekalan air yang berterusan selama berhari-hari.


“Difahamkan, masalah air ini juga berlaku di taman perumahan di sekitar sini, dan begitu juga dengan daerah-daerah lain,” ujarnya.

Sumber Facebook

Katanya, adaun demi aduan telah pun dibuat tetapi jawapan daripada pihak berwajib sangat menghampakan.


“Aduan rasmi telah pun dibuat melalui laman web dan panggilan careline Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), malah ke pejabat jabatan itu tetapi bermacam-macam alasan diberikan yang agak tidak masuk akal.


“Bagus swastakan sahaja perkhidmatan air di negeri Sabah kalau masalah bakalan air bersih di Sabah ini tidak dapat diatasi,” katanya.


Menurut Abdullah, bermacam-macam alasan daripada pihak JANS apabila penduduk membuat aduan, antaranya tekanan air rendah, juruteknik tidak dapat dihubungi atau masih sedang membuat siasatan di lapangan, takungan air keruh, pam air rosak dan panggilan tidak bersambut.


“Notis ketiadaan air dikeluarkan, walhal air sudah tidak ada berhari-hari,” tambahnya.

Comentarios


bottom of page