Masalah PATI, Projek IC “lauk” paling laris ketika pilihan raya, harus ditamatkanMasalah PATI, Projek IC “lauk” paling laris ketika pilihan raya, harus ditamatkan
top of page
  • Writer's pictureMaxolvin Sintore Gabu

Masalah PATI, Projek IC “lauk” paling laris ketika pilihan raya, harus ditamatkan



26 Ogos 2021

Oleh Maxolvin Sintore Gabu


Sudah menjadi lumrah, sehingga memuakkan, bahawa setiap kali pilihan raya diadakan, sama ada pilihan raya umum ataupun pilihan raya negeri, salah satu isu wajib yang dinyanyikan oleh semua pihak adalah issue PATI dan Project IC.


Realitinya, tidak ada satu Tindakan pun yang telah diambil oleh mana mana pihak untuk menyelesaikan masalah ini secara serius, malah setiap kali ada cadangan Tindakan dari pihak A, pihak B akan mengkritik Tindakan itu dan begitu juga sebaliknya demi kepentingan politik masing-masing.


Akhirnya, hanya cadangan demi cadangan yang dapat disuarakan namun tiada Tindakan,sampai bila ini akan berterusan? Ini bukan hanya memuakkan, malah merisaukan kerana issue PATI ini seakan akan tiada penghujung.


Atas usaha UPKO, satu Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan, malah telah kajiannya telah pun selesai beberapa tahun lalu.


Namun, apa langkah seterusnya untuk melengkapkan objektif RCI itu ditubuhkan?


Pandangan saya, satu Majlis Khas yang dianggotai semua parti politik harus ditubuhkan.


Penubuhan majlis ini penting supaya isu ini tidak akan ada lagi dijual pada musim pilihan raya kelak.


Ini kerana, segala cadangan dan Tindakan daripada majlis ini adalah milik semua parti politik. Ativiti menuding jari untuk kepentingan politik masing-masing akan dapat dikurangkan.


Sekiranya majlis ini gagal menjalankan tanggungjawab mereka, maka semua ahli majlis layak untuk mengundur diri daripada kedudukan mereka sebagai “Pemimpin-pemimpin Sabah”kerana mereka tidak mampu untuk melaksanakan tugasan atau tanggungjawab mereka.


Rakyat ingin melihat prestasi, bukan hanya sensasi daripada para ahli politik.

bottom of page