top of page

Masiung dilantik Pengerusi SEDCO baharu

  • nabalunews
  • 14 hours ago
  • 1 min read

10 Januari 2026


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) yang baharu bertaraf Menteri.


Beliau menggantikan ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang, yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri.


Masiung turut mengekalkan jawatan Pengerusi Borneo Cement (S) Sdn Bhd yang dipegangnya sebelum ini.


Menerusi hantaran di media sosial hari ini, beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di atas kepercayaan yang diberikan serta berjanji akan berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.


Dalam Pilihan Raya Umum Sabah lepas, Masiung, 53, menang dengan majoriti 457 undi, sekali gus berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuamut lima penggal berturut-turut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page