Masyarakat perlu berhati-hati hadapi ancaman scammer – Fahmi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Masyarakat perlu berhati-hati hadapi ancaman scammer – Fahmi


2 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUCHING: Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima maklumat dalam talian untuk mengelak daripada menjadi mangsa penjenayah siber atau scammer.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penjenayah siber juga menggunakan kemajuan teknologi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam melakukan penipuan.


"Scammer ini menggunakan teknik dan modus operandi yang semakin licik dan terancang. Dari laporan agensi penguatkuasaan dan media, kita dapat lihat kes scam dan penipuan dalam talian berlaku hampir setiap hari. Ini menunjukkan ancaman ini masih wujud," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak, di Auditorium Borneo Cultures Museum, Kuching, hari ini.


Program itu dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) dan disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat tentang keselamatan siber, jenis-jenis scam atau penipuan, cara-cara scammer beroperasi dan tip-tip untuk mengelak daripada terperangkap.


Fahmi juga berkata, kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat panggilan yang menerima laporan dan membantu menyekat pengaliran wang mangsa scam atau penipuan.


Jelas beliau, mangsa jenayah penipuan boleh menghubungi talian NSRC iaitu 997 yang beroperasi setiap hari untuk membuat laporan terhadap jenayah terbabit.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page