top of page

MAYAT DUA KANAK-KANAK MANGSA LEMAS DI KENINGAU, SABAH DITEMUKAN - BOMBA

  • nabalunews
  • Nov 12, 2020
  • 1 min read

Gambar Hiasan

12 NOV 2020


KOTA KINABALU: Mayat dua kanak-kanak dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Liawan, Keningau pada Selasa lepas (10 Nov), ditemukan pasukan penyelamat bersama orang awam, petang ini.


Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah malam ini, mayat Amber Lim Ze Yee, 4, ditemukan 19 kilometer (km) dari lokasi mangsa hanyut pukul 2.15 petang ini, manakala mayat abangnya Jason Lim Ze Hao, 6, ditemukan 21km dari lokasi hanyut pukul 3.25 petang ini.


Operasi disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta dibantu orang awam dan keluarga mangsa.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan. Operasi SAR (mencari dan menyelamat) tamat sepenuhnya petang ini,” kata kenyataan itu.


Dalam kejadian 12.08 tengah malam Selasa lepas (10 Nov), kedua-dua mangsa hilang selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama bapa mereka Lim Wan Shing, 38, dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan di sungai tersebut. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page