Mayat kanak-kanak dipercayai dibaham buaya ditemukan
13 Oktober 2024
LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang hilang ketika mandi di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16, di sini ditemukan dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya, pagi tadi.
Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku pada 7.45 pagi tadi di pantai Sinakut Felda Sahabat 16.
Katanya, laporan awal diterima kejadian terjadi ketika mangsa dan ahli keluarga datang bercuti ke rumah keluarganya di Kampung Sinakut.
"Mangsa yang mandi bersama lima lagi rakannya dipercayai dibaham buaya dan diheret ke laut sebelum dihanyutkan ke pesisir pantai.
"JHL masih menjalankan siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Comments