Mayat lelaki ditemui terapung di sungai
- nabalunews
- Oct 11, 2024
- 1 min read

11 Oktober 2024
TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sungai berhampiran jambatan Kampung Iban, Merotai, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan dari pihak polis untuk bantuan mengangkat mayat di sungai, jam 4.43 petang.
Katanya sepasukan 7 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 32 kilometer dari balai.
Katanya, usaha mengangkat mayat dari sungai turut dibantu 3 anggota Pasukan Bomba Sukarela Merotai.
"Kawalan Balai Bomba Tawau terima panggilan dari pihak polis mohon bantuan mengangkat mayat yang berada di dalam sungai.
"Tindakan pasukan bomba mengangkat mayat menggunakan tali dan pengusung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat lelaki berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi bomba ditamatkan jam 5.45 petang.
Katanya mangsa dikenali Tikung Anak Guma.
Comments