Mayat lelaki terdampar di pantai
- nabalunews
- Feb 23
- 1 min read

22 Februari 2025
PENAMPANG: Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat lelaki di Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, Putatan, di sini, pagi tadi.
Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan berkenaan pada jam 8.20 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur kejadian jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Sammy berkata, usaha mengesan waris mangsa sedang giat dijalankan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Afizul Ag Amin di talian 016-8352006,” katanya.
Comments