top of page

Mayat Reput Ditemui Dalam Kedai Kosong

  • nabalunews
  • 22 hours ago
  • 1 min read

ree

29 Disember 2025


TAWAU: Seorang lelaki gelandangan ditemukan meninggal dunia di sebuah kedai kosong, dalam kejadian di Batu 15, Jalan Apas, di sini, hari ini.


Mangsa ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk, kira-kira jam 11 pagi sebelum laporan polis dibuat untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebaik maklumat diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau terus digerakkan ke lokasi sebaik.


Katanya, siasatan awal mendapati mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemukan dalam keadaan meniarap dan berbantal.


“Mangsa yang dikenalpasti seorang gelandangan dipercayai meninggal dunia ketika sedang tidur.


"Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan kecederaan ataupun unsur jenayah pada tubuh badan mangsa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pihaknya percaya mangsa telah berada di lokasi sejak kira-kira seminggu lalu sebelum ditemui meninggal dunia.


"Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Tawau sebelum mayat dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.


"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page