Mayat Terapung Di Empangan Milau
- nabalunews
- Nov 19, 2025
- 1 min read

19 November 2025
KUDAT: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas ditemui terapung di sungai di kawasan Empangan Milau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan segera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Mohd Saidi Tabin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan 3.49 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian sejauh 45 kilometer dari BBP Kudat untuk membantu.
“Setibanya pasukan operasi di lokasi mengesahkan terdapat satu mayat lelaki yang terapung di permukaan air.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi mengangkat mayat menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang.


















Comments