top of page

MCMC, jalin kerjasama dengan Meta dalam kempen keselamatan dalam talian

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 13, 2024
  • 1 min read


ree

13 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama Meta Platforms Inc (Meta) bersetuju untuk menjalin kerjasama bersama serta pemegang taruh lain untuk melancarkan kempen kesedaran nasional tentang keselamatan dalam talian.

 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa antara inisiatif yang bakal dilaksanakan termasuklah Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

 

“Susulan komitmen yang dinyatakan oleh Meta pada mesyuarat bertarikh 8 April 2024, saya telah diberikan taklimat semalam mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia.

 

"Aspek-aspek ini merangkumi pengesahan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun serta pemantauan kandungan berbahaya seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja)," katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

Fahmi turut menyatakan bahawa usaha Meta untuk mengurangkan kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan pengguna dalam talian adalah amat menggalakkan dan berharap komitmen ini akan diteruskan untuk manfaat semua pengguna di Malaysia.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page