Memerang melintasi kawasan landasan KKIA
31 Oktober 2024
KOTA KINABALU: Sekumpulan tujuh ekor memerang dilihat melintasi kawasan landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berdasarkan satu video tular di media sosial, semalam.
Kelibat mamalia itu dipercayai dirakam petugas lapangan terbang yang menjalankan pemantauan di sekitar landasan, pada Selasa.
Kehadiran memerang terbabit menimbulkan kegusaran kepada orang ramai selepas insiden sekumpulan memerang menyerang tiga pengunjung yang sedang beriadah di.Perdana Park Tanjung Aru, awal September lalu, yang menyebabkan pengunjung terbabit cedera.
Kehadiran keluarga memerang ini di landasan lapangan terbang turut menarik perhatian ramai kerana jarang sekali haiwan ini dilihat berada di kawasan larangan berkenaan.
Peristiwa ini juga memperlihatkan kepelbagaian hidupan liar yang masih wujud di kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang menjadi antara lapangan terbang paling sibuk di negara ini.
Difahamkan pihak berkuasa sedang meneliti situasi ini untuk memastikan keselamatan penerbangan dan hidupan liar itu agar tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Comments