top of page

Menang tak buang masa: Jolyvita terus panggil mesyuarat sejurus undian selesai Di Tobur

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

11 Februari 2026


KOTA BELUD: Komuniti Kampung Tobur hari ini memilih Jolyvita Linye Juni sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baharu bagi penggal 2026-2030.


Dalam ucapannya selepas pengundian, Jolyvita menegaskan komitmennya untuk meneruskan pelan pembangunan sedia ada sambil menekankan kepentingan perpaduan komuniti. Menurutnya, perbezaan pendapat harus dilihat sebagai kekuatan dalam mencari titik persamaaan demi kemajuan kampung.

Menariknya, sejurus keputusan diumumkan, Jolyvita terus memanggil keseluruhan AJK lama bagi mesyuarat pembentukan AJK baharu, turut disertai lawannya Nichlos Duanis.

Sementara itu, pemilihan JKKK turut diadakan di Kampung Kinasaraban, Kota Belud pagi tadi, memilih Lerry Sikol sebagai pengerusi.

Kedua-dua proses pemilihan diselia oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Marcus Logiau dan Hadlee Panchai.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page