top of page
nabalunews

Menderma darah menyelamatkan jiwa

29 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN: Masyarakat perlu terus diberi kesedaran bahawa menderma darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. 


Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, berkata, menerusi derma darah, ia juga mampu menyelamatkan nyawa pesakit di hospital.


Sebagai contoh pesakit-pesakit thalassemia yang memerlukan transfusi darah setiap 3-4 minggu sekali. 


"Tanpa bantuan dan sokongan daripada kita semua, siapa lagi yang akan membantu kawan-kawan atau keluarga kita ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 peringkat Sandakan anjuran Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan di Dewan Institut Latihan Kemahiran Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di hospital itu pada Sabtu.


Program ini juga mendapat kerjasama Unit Derma Organ dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan serta pihak swasta antaranya Great Eastern, K2 Lifewater Sdn Bhd dan DRCA yang turut bersama-sama menjayakan program ini. 


Hari Penderma Darah Sedunia mula disambut di seluruh dunia sejak 20 tahun yang lalu sekitar tahun 2005.


Tarikh 14 Jun telah diisytiharkan sebagai Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia atau ‘World Blood Donor Day’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan tema sambutan yang berbeza pada setiap tahun. 


Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia adalah "Meraikan Sambutan ke-20 Hari Penderma Darah Sedunia: Terima kasih penderma darah!”.


Sementara itu Vivian berkata, pihaknya juga difahamkan bahawa dari segi kecukupan bekalan darah, daerah ini masih belum mencapai ‘self-sufficiency’.


Kekurangan bekalan darah ini terpaksa ditampung oleh bekalan darah dari daerah lain dan negeri lain.

Comments


bottom of page