Mengaku Salah Miliki Kayu Bakau Tanpa Cukai
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

15 April 2026
SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukumn penjara selama tujuh bulan selepas mengaku bersalah memiliki kayu bakau yang merupakan hasil hutan tanpa cukai di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu.
Tertuduh, Ren Ahmad, 42, yang bekerja sebagai nelayan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Roslinda Razali.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didapati memiliki sembilan batang kayu bakau tanpa kebenaran sah di bawah Enakmen Hutan 1968.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang pada 12 Mac lalu di Sungai Batu Putih, di sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30(1)(g)(iii) Enakmen Hutan 1968 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan, Elrimeo Emin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.















Comments