top of page

MESEJ TULAR DONGGONGON AKAN DITUTUP, TIDAK BENAR: MASIDI

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 11, 2020
  • 1 min read

11 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Mesej yang tular di media sosial kononnya Pekan Donggongon akan ditutup selama dua hari bermula hari ini untuk sanitasi adalah tidak benar, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial.


“Mesej yang ditularkan tersebut adalah tidak benar.


"Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial untuk membantu membendung penularan berita palsu berkaitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesahihan mesej yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab kononnya seluruh Donggongon akan ditutup dalam dua hari untuk tujuan sanitasi seluruh kawasan itu.


Mengenai perkembangan kluster-kluster di kawasan Penampang, Masidi berkata, setakat hari ini (11 Disember ), seramai 52 orang telah disaring untuk Kluster Kupi-Kupi, dan 14 orang telah disahkan positif Covid-19.


“Manakala untuk Kluster Jalan Domis pula, sejumlah 173 saringan telah dilakukan, dan daripada jumlah ini, 50 orang telah disahkan positif Covid-19,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page