top of page

MESEJ TULAR KOMPAUN PENUMPANG TIDAK BENAR

  • nabalunews
  • Oct 18, 2020
  • 1 min read

GAMBAR DARI FACEBOOK POLIS DAERAH PENAMPANG

18 OKTOBER 2020


PENAMPANG: Polis Daerah Penampang menafikan dakwaan mesej tular melalui WhatsApp mengenai individu yang dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi mesej yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menyatakan ‘saman dalam kereta dua penumpang tapi tidak jaga jarak.. rupanya kalau dua orang dalam kereta, penumpang kena duduk di belakang tepi, bukan di depan atau belakang pemandu, start sudah kena kuatkuasakan ni’.

GAMBAR DARI FACEBOOK POLIS DAERAH PENAMPANG

Mesej tular yang menyatakan penumpang dalam kenderaan persendirian perlu duduk belakang adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, imej kompaun yang dikeluarkan oleh IPD Penampang itu berkaitan dengan kesalahan tiga individu menaiki sebuah kenderaan dari satu lokasi sekatan jalan raya (SJR) Jalan Penampang-Papar pada 16 Oktober.

Ketiga-tiga Individu tersebut telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020.

Penularan imej dan mesej tidak tepat tersebut merupakan satu tindakan tidak betanggungjawab dan telah mencemarkan imej pasukan polis khususnya IPD Penampang.

Menurutnya, Polis Penampang ingin menegaskan bahawa info yang terkandung di dalam mesej yang ditularkan adalah tidak tepat dan tiada kaitan dengan imej kompaun tersebut.

Mohd Haris berkata, polis amat memandang berat perihal ini dan memberikan amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan info palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Katanya, individu yang ingkar bakal behadapan dengan tindakan undang-undang.

Menerusi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya dua individu dalam satu kenderaan dibenarkan. Tidak dinyatakan secara spesifik pemandu dan penumpang perlu duduk berasingan bagi menjaga jarak ketika berada dalam kenderaan. - Borneo Today

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page