top of page

Mesyuarat Agung Eko Pelancongan Kalangadan dirasmikan

  • nabalunews
  • Feb 26
  • 1 min read

Oleh: Kidd


26 Februari 2026


KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.11 Kadamaian, Ukoh @ Jeremy Malajad telah merasmikan Mesyuarat Agung Eko Pelancongan Kalangadanku yang berlangsung di Dewan Kalangadan, Kampung Nahaba, di sini hari ini.


Ukoh yang mewakili Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian telah hadir bersama Pinol Timun selaku Pemaju Mukim Wariu bagi memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran beliau disambut oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Eko Pelancongan serta penduduk kampung yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sektor pelancongan komuniti di kawasan berkenaan.


Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh AJK Eko Pelancongan atas komitmen dan usaha berterusan dalam memajukan sektor pelancongan berasaskan komuniti.


Menurutnya, kerjasama padu dan semangat sukarela yang ditunjukkan menjadi kekuatan utama dalam memastikan produk pelancongan tempatan terus mendapat perhatian dan sambutan.


Beliau turut menggalakkan agar semua AJK terus memperkukuh kerjasama, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memanfaatkan keunikan alam semula jadi sebagai daya tarikan utama pelancong.


Katanya, Eko Pelancongan Kalangadanku berpotensi besar untuk menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat Kampung Nahaba dan sekitarnya, seterusnya memastikan pembangunan yang mampan dapat direalisasikan dengan visi dan dedikasi yang jelas.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page