Mesyuarat Agung PKSKKB Luluskan Barisan Kepimpinan Baharu

Oleh: Romie Stanley DGuns
27 Februari 2026
KOTA BELUD: Persatuan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB) secara rasmi melantik Baini @ Mainie Lakin sebagai Pengerusi baharu bagi sesi 2026-2028, dalam Mesyuarat Agung Pertama tahunan yang berlangsung di Takas Borneo, Pekan Taginambur, pada Jumaat lepas.
Pelantikannya merupakan antara keputusan utama dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Caroline Carol Doruan itu. Baini menggantikan Caroline, yang dalam kepimpinan baharu ini bertukar peranan untuk memegang jawatan Bendahari. Sementara itu, Priskila Akwila Sinem berjaya mengekalkan posisinya sebagai Timbalan Presiden.
Barisan kepimpinan sesi 2026-2028 turut diperkukuhkan dengan pelantikan Carthenny Saubin sebagai Setiausaha, dibantu oleh N. Florrist @ Risee Jainggin sebagai Timbalan Setiausaha. Dua lagi jawatan Ahli Jawatankuasa disandang oleh Jouya Bruno dan Loraine Sariou.

Mesyuarat agung tersebut turut membincangkan pertanggungjawaban kewangan, pindaan perlembagaan persatuan, serta beberapa aktiviti yang tertangguh daripada tahun sebelumnya selain penyusunan takwim tahunan.
Mengulas mengenai pemilihannya, Baini menyatakan rasa syukur dan rendah hati atas amanah yang diberikan. "Persatuan ini lahir daripada semangat kasih, keprihatinan dan kesukarelawanan. Saya berharap kita semua dapat terus mengekalkan nilai tersebut, bersama-sama kita mampu mencipta perubahan kecil yang membawa makna besar kepada masyarakat," katanya















Comments