top of page

Mesyuarat Pelaksanaan Sawah Satelit Benih Padi Sah di Tambulion Ulu Lancar, Perkukuh Ekonomi Pesawah

  • nabalunews
  • Apr 14
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


14 April 2026


KOTA BELUD: Mesyuarat pelaksanaan penanaman Sawah Satelit Benih Padi Sah di Blok Melontop, Kampung Tambulion Ulu, telah diadakan hari ini bagi menyelaras perancangan program penanaman padi secara sistematik dan berkesan. Program ini dijangka dapat meningkatkan pengeluaran benih padi sah serta memperkukuh ekonomi pesawah setempat.


Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Tambulion Ulu itu melibatkan pelbagai pihak, termasuk Pegawai Lembaga Padi dan Beras Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pertubuhan Peladang Kawasan dan Negeri, kontraktor jentera, Ketua Kampung, Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pengerusi IADA Tambulion, Ketua Blok, serta para peserta.


Menurut jurucakap Pusat Pengeluaran Benih Padi Kota Belud merangkap Pengerusi Penganjur, Nur Edna Hasreena Ahlun, perbincangan utama mesyuarat tertumpu kepada aspek teknikal seperti penyediaan tanah, jadual penanaman, dan sistem pengairan.

Tambah beliau, sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan pesawah mendapatkan penjelasan serta menyuarakan isu-isu di lapangan. Selepas itu, satu sesi penyampaian hadiah dilaksanakan kepada pesawah yang mencatatkan pengeluaran hasil padi tertinggi.

Program Sawah Satelit Benih Padi Sah ini merupakan inisiatif berterusan bagi memperkasakan sektor padi di kawasan Kota Belud, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keselamatan makanan negeri Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page