top of page

Mesyuarat Perjumpaan dan Santai Bersama Pemimpin UPKO Cawangan Kampung Melangkap Kapa

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read


4 April 2025


KOTA BELUD: Mesyuarat perjumpaan dan santai bersama pemimpin Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Cawangan Kampung Melangkap Kapa, Kota Belud, telah berlangsung baru-baru ini.


Mesyuarat ini dihadiri oleh Anichlose Kesimin, Ketua PDM UPKO Melangkap dan Setiausaha Bahagian UPKO P.169 Kota Belud.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin dan ahli cawangan setempat. Cawangan UPKO Melangkap Kapa menzahirkan sokongan padu terhadap Datuk Ewon Benedick untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.



Dalam mesyuarat itu, pemimpin cawangan menyatakan keyakinan bahawa Ewon akan terus kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian selepas PRN, berdasarkan rekod cemerlang beliau dalam membawa pembangunan di kawasan DUN Kadamaian.


Saunah Balinsai, Ketua Cawangan UPKO Melangkap Kapa dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melangkap Kapa, dalam ucapannya mengimbau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Ewon sepanjang tempoh beliau berkhidmat. Beliau juga berharap agar sokongan masyarakat kampung dapat diteruskan dalam PRN akan datang.


Turut hadir bersama Anichlose Kesimin dalam kunjungan ini adalah Hazley Ilyrado, Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian GEM UPKO Kota Belud. Mereka hadir untuk memperkukuhkan lagi sokongan terhadap calon-calon yang akan bertanding dalam PRN yang bakal berlangsung.

Bình luận


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page