MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Kota Belud, Miri esok
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

30 Mac 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi esok.
MetMalaysia dalam hantaran di laman sosial hari ini memaklumkan, lokasi ujian itu ialah di Miri Central Park, Miri, Sarawak dari 10 pagi hingga 12 tengah hari, serta di Masjid Imam Hj Mustapah, Kota Belud, Sabah dari 11 pagi hingga 1 petang.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan ujian sahaja,” menurut kenyataan itu.
Tambah MetMalaysia, pihaknya akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap jadual ujian berkenaan.











