top of page
  • nabalunews

MIDS, Sistem data berpusat cegah jenayah pemerdagangan orang dilancarkan KDN


31 Julai 2024


PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan MAPO Integrated Data System (MIDS) bagi memperkemas langkah kerajaan menangani jenayah pemerdagangan dan penyeludupan orang di negara ini.


Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sistem itu dibangunkan oleh pakar Teknologi Maklumat (IT) dari kementerian itu bersama Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan (MAPO).


“Kita luncurkan juga MIDS satu sistem kita bangunkan secara ‘in house’ oleh pakar IT Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeledupan (MAPO).


“Ia adalah sistem pengurusan data menyeluruh, kita pusatkan data berkaitan jenayah pemerdagangan orang berlaku di negara kita,” katanya.


Tambah Saifuddin, menerusi MIDS, KDN dapat menganalisis dan merumuskan bentuk polisi yang boleh digubal bagi memperkasakan langkah mitigasi.


“Dengan data itu kita berpeluang menganalisis dan rumuskan dalam bentuk polisi dan gunakan data dianalisis itu buat peluncuran mengatur langkah mitigasi.


“Peluncuran MIDS satu lagi mercu tanda usaha berterusan KDN,”ujarnya lagi.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Anti Pemerdagangan Orang dan Majlis Apresiasi Majlis Anti Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Orang (MAPO) tahun 2024 di sini petang tadi

תגובות


bottom of page