top of page

KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi kos sara hidup

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

4 April 2026


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti langkah sewajarnya bagi membantu warga kampus, khususnya pelajar, berdepan kemungkinan peningkatan kos sara hidup susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing.


Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, krisis berkenaan memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada ekonomi global, malah turut menjejaskan pengurusan kewangan dalam kalangan warga pendidikan tinggi termasuk staf, ahli akademik dan pelajar.


“Semalam, saya menerima kunjungan beberapa wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi membincangkan langkah yang boleh diambil KPT dan kerajaan dalam membantu warga kampus menghadapi kemungkinan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga makanan dan keperluan harian.


“Beberapa idea dan cadangan telah dikemukakan. Saya telah meminta pihak pegawai untuk meneliti perkara ini secara serius dan memberikan perhatian sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.


Zambry berkata beliau akan mengumumkan perancangan serta langkah awal yang disarankan oleh KPT bagi menangani isu tersebut, dalam masa terdekat ini.


Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pandangan dan suara mahasiswa akan terus diberi perhatian serta diterjemahkan kepada tindakan nyata.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page