top of page

MINDET akan lancar Program AI untuk usahawan PMKS – Ewon

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

ree

31 Disember 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan melancarkan Program Latihan Kecerdasan Buatan (AI) khusus untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah awal tahun 2026.


Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkasa keupayaan digital dan daya saing usahawan PMKS di negeri ini.


Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara MINDET dan Pepper Labs, susulan pertemuannya bersama delegasi syarikat tersebut yang diketuai Pengarah Urusannya, Thanaselan Rajendran.

ree

“Saya menghargai cadangan kerjasama strategik di antara Pepper Labs dan MINDET Sabah bagi menjayakan Program AI untuk usahawan PMKS Sabah.


“Inisiatif ini akan dilancarkan pada awal tahun depan supaya usahawan kita turut membudayakan pengamalan AI dalam operasi perusahaan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Pepper Labs, di pejabatnya, di Wisma Kewangan, di sini hari ini.

ree

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Pepper Labs kerana memilih Parlimen Penampang sebagai lokasi pelaksanaan inisiatif perusahaan sosial yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.


“Saya akan terus memberi tumpuan besar kepada pembangunan usahawan PMKS termasuk usahawan-usahawan perusahaan sosial (SE) dan perniagaan inklusif (IB) di Sabah,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page