Mini Karnival HPPK dapat sambutan penduduk Kadamaian
top of page
  • nabalunews

Mini Karnival HPPK dapat sambutan penduduk Kadamaian


Suienah.

20 Sept 2023

Oleh AVV


KOTA BELUD: Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) yang julung kalinya diadakan di Dataran Dewan Kadamaian Square Taginambur Kota Belud, mendapat sambutan baik daripada penduduk di kawasan itu.


Mereka yang ditemui Nabalu News gembira, teruja dan amat bangga kerana Kadamaian dipilih menjadi lokasi mempromosikan program besar-besaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).


Lengguhim Radin, penduduk Kampung Taginambur, berkata, beliau teruja dengan penganjuran HPPK yang akan diadakan Pada hari esok dan lusa (21 dan 22 Sept).


"Saya menyokong dan menyambut baik idea mengadakan Mini Karnival HPPK. Ini satu inisiatif yang baik sekaligus menggalakkan lagi peniaga Kecil-Kecil an seperti saya berniaga dan turut terlibat dalam program ini,” katanya.

Lengguhim (kiri) dan Kontiom (kanan).

Lengguhim turut memuji Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUKSKOP), atas usaha beliau membawa acara itu di Kadamaian.


"Pada pendapat saya, dia adalah Adun Kadamaian yang terbaik yang pernah ada. Dia sangat membantu dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat," katanya.


Suinah Gusuk, seorang penjual sayur-sayuran di Tamu Taginambur dan penduduk Kadamaian, turut bersetuju dengan pendapat Lengguhim.


Dia memuji usaha Ewon atas dedikasinya untuk membantu rakyat dan sikapnya yang rendah diri, menjadikan beliau dikagumi oleh penduduk Kadamaian.


Kontiom Gobik seorang penduduk Kg Tiong Tambarawon, berkata penganjuran Mini Karnival HPPK adalah idea yang baik untuk menyokong dan meraikan semua penjaja dan peniaga Kecil-Kecilan termasuk para pekebun sepertinya.


Beliau berharap melalui program itu, mereka mendapat informasi daripada agensi-agensi kerajaan bukan sahaja dari segi pembiayaan tetapi pemasaran hasil pertanian.


“Antara masalah peniaga dan pekebun seperti kami ialah kekurangan ruang niaga untuk menjual hasil pertanian," katanya.


Kontiom mengucapkan terima kasih kepada Ewon atas usaha menganjurkan karnival itu.


Beliau juga mencadangkan agar acara yang serupa diadakan di lokasi lain, untuk memberikan peluang kepada para penjaja dan peniaga Kecil-kecilan merasai kemeriahan suasana HPPK.

Johnny.

Sementara itu, Johnny Gilong, penduduk Kg Tombilaung Taginambur, yakin karnival itu, yang merupakan idea Adun Kadamaian, adalah idea terbaik


"Semasa karnival itu, pengunjung akan berpeluang melihat dan membeli pelbagai jenis sayur-sayuran dan produk para pekebun lain," katanya.


Johnny turut menekankan pentingnya menyokong acara itu, kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, sama ada di dalam atau di luar daerah.


"Saya yakin karnival itu akan menjadi kejayaan besar, terutamanya dengan adanya pasar malam," katanya dengan penuh semangat


Johnny turut memuji wakil rakyat kawasan itu atas usahanya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat khususnya Kadamaian.


Bagi Amilda Taising dari Kg Sayap, karnival itu adalah idea yang baik dan harus disokong semua pihak.

bottom of page