top of page

Misi perangi rasuah: Agong zahir amaran lebih ramai individu dalam radar

  • nabalunews
  • Feb 16
  • 1 min read

16 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan amaran bahawa lebih ramai individu berada dalam 'radar' Seri Paduka Baginda untuk misi memerangi rasuah tanpa kompromi di semua jabatan serta agensi kerajaan.


Seri Paduka Baginda bertitah, rasuah ialah pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan tidak akan sama sekali ditoleransikan dalam pentadbiran negara.


"Jangan ingat memerangi rasuah ini hanya bertumpu pada segelintir jabatan, atau mereka yang memberikan dan menerima, malah berhati-hati juga mereka di Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pelbagai lagi.


“Tidak terlepas juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tidak kira apa jua pangkat anda, begitu juga ejen-ejen yang menjadi 'orang tengah' selain menjadi pembekal pelbagai peralatan, pakaian serta perubatan, anda juga dalam ‘radar’.


"Bak kata pepatah ‘siapa makan cili, dia terasa pedas', jangan anda semua ingat saya tidak tahu apa-apa, saya juga mempunyai risikan saya sendiri,” titah Seri Paduka Baginda yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.


Sultan Ibrahim bertitah usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau sekadar retorik kerana tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.


Titah Seri Paduka Baginda, sekiranya terdapat pegawai yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti, maka pertukaran perlu dilaksanakan tanpa berlengah.


"Saya ada alternatif lain. Jika ada pegawai yang tidak mampu melaksanakan amanah dengan jujur, berikan peluang kepada mereka yang lebih layak dan bersih untuk menjalankan tanggungjawab itu," titah Seri Paduka Baginda.

 
 
 

1 Comment


Tara Doridy
Tara Doridy
Feb 16

I just read about the Yang di-Pertuan Agong's strong warning on the fight against corruption, stating that more individuals are now in his "radar," including those in various agencies and even suppliers. It's a powerful statement about accountability and the need for integrity at all levels, with the clear message that no one is above the law.


This kind of comprehensive, top-down effort to monitor and ensure clean governance reminded me of how organizations use data and technology to maintain oversight and efficiency on a large scale. For example, I was reading a case study at aws.amazon.com/solutions/case-studies/soft2bet/ about an iGaming company that unified all its disparate data sources on AWS to gain real-time insights and improve its operations. While the…

Edited
Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page